|
Gambar diambil daripada theguardian.com
Kutu merupakan serangga parasit - yang tinggal menumpang di
atas kehidupan lain seperti kepala manusia, sangat halus dan sukar dilihat
(lebih kurang saiz bijan atau dua hingga empat milimeter) dan mempunyai enam
kaki kecil dengan kuku khas seperti penyangkut yang memegang kuat rambut.
Ia juga tidak bersayap. Memandangkan kutu kepala sangat
mudah berjangkit, sesetengah orang menganggapnya boleh terbang.
Air liur kutu yang dicucukkan kepada kulit kepala ketika
menghisap darah memberikan sensasi gatal dan proses ini boleh berlaku sehingga
lima kali sehari.
Penting untuk anda mengetahui bahawa seseorang itu berisiko
mendapat jangkitan kali kedua akibat menggaru kepala disebabkan oleh rasa gatal
itu.
Apabila kutu mulai hidup di dalam helaian rambut, ia juga
mula mengeramkan telur. Secara puratanya, kanak-kanak boleh `membela' di antara
10 hingga 20 ekor kutu dewasa.
Kutu boleh hidup sehingga 30 hari di atas kepala manusia
(kutu kepala tidak boleh hidup atau menumpang binatang seperti kucing dan
anjing) dan boleh mengeramkan sebanyak lapan biji telur sehari.
Kutu dewasa melekatkan telur-telur mereka yang berwarna
kelabu keputih-putihan dan berbentuk bujur pada helaian rambut, berhampiran
dengan kulit kepala. Ada ketikanya ia kelihatan seperti kelemumur.
Sebaik ia menetas, nimfa atau anak-anak kutu baru akan
keluar. Walaupun tidak boleh mencederakan namun ada ketikanya ia boleh
menyebabkan keradangan kulit dan menimbulkan rasa gatal, apatah lagi pada
sebelah malam.
|
|
Kitaran Hidup Kutu Kepala - Gambar diambil daripada plunketts.com.au |
Tanda-tanda Dijangkiti Kutu Kepala
Telur kutu berbentuk
‘dots’ kecil atau halus berwarna kuning, atau coklat sebelum ia menetas. Kutu
bertelur di pangkal rambut di mana kulit kepala membekalkan suhu yang sesuai
untuk telur menetas. Rupa telur kutu seperti kelemumur tetapi telur kutu ini
tidak boleh disingkir dengan hanya memberus rambut.
Pada kanak-kanak, kita biasa nampak telur kutu daripada
terjumpa dengan kutu hidup. Telur kutu kebiasaanya menetas dalam masa 1 – 2
minggu. Selepas telur menetas, karung telur kelihatan putih atau jernih dan
akan melekat pada rambut.
|
Ilustrasi - telur dan kutu kepala dewasa |
Kutu dewasa dan anak kutu (nymphs)
Saiz kutu dewasa tidak besar daripada biji bijan and
berwarna keperang-perangan. Anak kutu
pula lebih kecil dan akan menjadi dewasa dalam masa 1 -2 minggu. Kebanyakan
kutu akan hisap darah di kepala beberapa kali dalam sehari, tetapi mereka hanya
boleh hidup beberapa sahaja jika berada di luar kepala
Garu-garu
Kita akan rasa gatal-gatal apabila kutu hisap darah di
kepala disebabkan air liur kutu. Rasa gatal mungkin tidak dirasai seamas kutu
hisap darah. Ini bergantung kepada sensitiviti kulit kepala seseorang. Ada
hanya rasa gatal selepas berminggu-minggu.
*Terasa seperti ada sesuatu yang merayap-rayap di
atas kepala
*Mudah marah
*Kudis di atas kepala disebabkan oleh kerap
menggaru. Ada kalanya, kudis ini boleh berjangkit.
Cara Mengetahui Dijangkiti Kutu Kepala
Selak rambut, dengan menggunakan sikat kutu, sikat rambut di
belakang telinga dan di belakang tengkuk kepala untuk mencari dan membuang kutu
serta telur. Untuk mencari anak kutu dan telur yang halus amatlah sukar;
justeru, kita disarankan menggunakan kanta pembesar untuk mencari anak kutu
atau kutu dewasa ataupun telur yang halus.
Di manakah kutu biasanya ditemui?
- kulit kepala
- belakang telinga
- belakang leher
Implikasi Kutu Kepala
Kutu memberikan ketidakselesaan, membuatkan seseorang berasa
tidak sihat sekali gus menjejaskan kerja-kerja mereka.
Di kalangan kanak-kanak, kegatalan pada waktu malam
mengganggu tidur mereka, seterusnya turut mempengaruhi tumpuan di dalam bilik
darjah.
Dalam masa yang sama, ia turut memberikan kesan terhadap
tumbesaran dan proses pembelajaran kanak-kanak.
Terdapat juga risiko jangkitan kedua akibat kegatalan dan
menggaru kulit kepala secara berterusan.
Jangkitan Kutu Kepala
Kutu
sebenarnya amat mudah berjangkit. Kutu boleh berjangkit dengan cepat
terutamanya di dalam kumpulan. Sebab itu kebanyak kanak-kanak yang ada kutu
kepala, mereka sebenarnya berjangkit sewaktu di sekolah, taska ataupun asrama
semasa di majlis keramaian atau temasya sukan mahupun sewaktu berkhemah.
Kutu tidak bersayap, justeru, tidak boleh terbang, tetapi,
mereka mempunyai kuku yang mampu mencengkam dan merayap di kulit kepala. Mereka
berjangkit menerusi ‘head-to-head contact’ dan juga melalui perkongsian
pakaian, bantal tidur, cadar & selimut, sikat rambut dan topi (atau tudung
kepala). Kanak-kanak lebih berisiko kerana mereka bermain dan bersentuh rapat
dengan rakan-rakan.
Rawatan Kutu Kepala
Pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk merawat masalah kutu.
Di antaranya:
1. Shampoo, krim pembilas atau losyen – boleh
didapati dan dibeli daripada kedai farmasi or klinik.
|
Gambil diambil daripada Nitnurses Virginia |
Rawatan secara shampoo atau losyen kutu kepala mungkin mampu untuk
membunuh telur dan kutu, tetapi ia mengambil masa beberapa hari untuk menghilangkan rasa
gatal di kepala. Jika rasa gatal masih dirasai, oral medication
(ubat tahan gatal) boleh diambil.
Penting bagi kita membaca label produk ini dengan teliti
kerana produk ini ‘insecticides’. Kalau guna shampoo terlampau banyak atau
kerap (doktor nasihatkan jangan lebih daripada 3 kali penggunaan), ianya dapat
merbahayakan kesihatan kulit kepala dan rambut. Selain daripada itu, rawatan ini akan menjadi kurang atau tidak efektif kerana kutu telah menjadi ‘kebal’ dengan
bahan chemical shampoo tersebut.
Selepas menggunakan shampoo, doktor mengesyorkan penggunaan
sikat kutu yang bergigi rapat bagi tujuan penyingkiran telur dan kutu. Ulangi
rawatan ini 7 sehingga 10 hari untuk membunuh mana-mana telur kutu yang baru
menetas.
2. Sikat kutu yang bergigi rapat
Jika anak yang dijangkiti kutu berusia 2 tahun ke bawah, doktor tidak membenarkan penggunaan shampoo kutu untuk mereka. Ibubapa dinasihatkan menggunakan
sikat kutu untuk rawatan kutu kepala.
Untuk menyingkir kutu dan telur, sikat kutu mestilah bergigi
halus dan rapat, seperti sikat berjenama NitFree, dan rambut mestilah basah atau lembap.
Rambut basah dapat memerangkap kutu di kepala kerana kutu tidak dapat bergerak,
dan penggunaan kondisioner dapat melembutkan rambut agar ia memudahkan penyikatan rambut nanti.
|
Gambar diambil daripada Nitty Gritty UK |
Ibubapa disarankan untuk menyikat rambut anak-anak setiap 3 ke 4 hari selama 2
minggu untuk memastikan kutu betul-betul ‘lesap’ daripada kepala.
‘Wet combing’ adalah alternative kepada penggunaan shampoo
atau losyen yang berkimia.
Untuk pengetahuan pembaca, kutu kepala yang terjatuh ke
lantai tidak dapat hidup lama kerana kutu hanya boleh hidup di atas kepala.