Tuesday, October 21, 2014

Satu Semester di Seri Iskandar, Perak

Pada Semester Mac - Julai 2014, saya telah berulang-alik daripada Shah Alam ke Seri Iskandar setiap bulan untuk mengajar Pelajar MScIT di UiTM Seri Iskandar, Perak. Saya mengajar kursus favourite saya, Advanced Interaction Design (SYS705).

Untuk pergi ke Seri Iskandar, saya akan melalui Gopeng daripada PLUS highway, Batu Gajah, dan Tronoh sebelum sampai ke Seri Iskandar. Seri Iskandar mendapat nama jolokan, Bandar Universiti kerana terdapat beberapa buah institusi pengajian tinggi, di antaranya UiTM, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Kolej Profesional MARA, dan kolej matrikulasi.

Bandar Seri Iskandar merupakan bandar yang baru membangun...terdapat banyak kedai dan restoran yang baru dibuka dan juga akan dibuka. Walaupun masih baru, pelawat ke bandar ini TIDAK perlu susah hati kerana terdapat banyak amenities seperti di Shah Alam, di antaranya: Tesco, McDonalds, KFC, Secret Recipe, kedai nasi arab pun ada selain daripada restoran tempatan seperti Restoran Lipan, Burger Byte, etc. Seven Eleven dan terdapat banyak juga restoran mamak seperti Al-Bayan. 

Terdapat juga kedai jual langsir seperti di Nilai 3 dan kedai menjual perabot hotel terpakai. Saya dah masuk ke kedai perabot hotel terpakai tu...menarik-menarik gak barang-barangnya...tapi sayang, mereka tak deliver ke Shah Alam.

Yang menariknya...ada satu kedai Shaklee...kat Shah Alam takde pun...

Terdapat beberapa buah hotel budget dan sederhana mewah serta homestay di Seri Iskandar ini. Tetapi, setiap kali saya ke sana, saya pasti akan menginap di D Hotel (http://dhotel.my/) - hotel yang terkenal di Seri Iskandar dan berkongsi satu building dengan Pasaraya Billion

Saya memilih untuk menginap di D Hotel kerana ianya adalah satu-satunya hotel yang mempunyai kolam renang...saya bawa anak-anak...since saya mengajar dari pagi ke petang Sabtu dan Ahad...so, saya kena occupied kan mereka dengan aktiviti swimming seperti ini...

Pengalaman peribadi saya di D Hotel adalah:

  • room quality - 4 out of 5 (bilik agak roomy depending on room type: saya selalu menginap Superior Room)
  • service quality - 4 out of 5 (so far, saya happy dengan service yang diberikan...so, good job, D Hotel...)
  • facilities - 3 out of 5 (swimming pool kat tingkat 4 - ok...tapi, less satisfied dengan wifi service...hanya di lobby sahaja dapat wifi...saya dah highlight kat PIC...)
  • food quality - 2.5 out of 5 (saya agak kecewa dengan kualiti makanan di hotel ini...pada saya, ianya kurang enak, menu yang sama setiap kali saya berada di sana - yup, saya pergi ke Seri Iskandar setiap bulan selama 4 bulan, so saya suggest - pihak hotel management untuk pelbagaikan menu dan juga improve kan rasa - more variety & tastier menus)...well,,,more food choices kat luar sana...
Overall, saya bagi 4 bintang (****) untuk D Hotel. Saya rekomen orang luar untuk stay kat D Hotel.

Saya sekeluarga pun dah makan di beberapa buah restoran di sana. Di antaranya:
  • Kedai Nasi Arab (berdekatan dengan Secret Recipe) - harga OK tapi rasanya kurang sesedap macam kat kedai nasi arab di Setiawan (yang ini, saya tak nak compare dengan di Shah Alam - it won't be fair!!!)
  • Restoran Lipan - harga dan makanan OK
  • Restoran Burger Byte - harga agak pricey for the quality of foods - yup...maybe saya compare ini dengan di Shah Alam...
  • Restoran Al-Bayan - harga dan makanan OK (ini restoran mamak)
  • ada lagi 1 restoran mamak yang berhampiran dengan D Hotel - sorry, dah lupa namanya... - harga dan makanan OK
  • ada 2 lagi restoran melayu (saya sudah lupa namanya...) - tapi restoran ini hanya dibuka dari tengahari til petang sahaja...tapi harga OK dan makanannya sedap...ini restoran yang dibawa dan direkomen oleh students MScIT saya

Berdasarkan pengalaman satu semester, saya suka Seri Iskandar ini kerana:
  • kurang sibuk - I am a big fan of tranquility and peace of mind...saya tak suka tempat yang sibuk...that's why saya pilih Shah Alam (saya tinggal di Seksyen 11) dan Lancaster (ini tempat saya tinggal sewaktu di UK dulu)
  • walaupun bandar yang simple, ia menyediakan amenities yang secukupnya untuk penduduk tempatan dan juga pelawat - so tak payah nak gi travel ke luar

Berikut adalah beberapa gambar di sekitar Bandar Seri Iskandar. Gambar ini saya ambil daripada Google Images...so credit kepada Owners.

Gambar daripada sikucenghitam.blogspot.com
Gambar daripada thestar.com.my
  
Gambar daripada teropongmasa.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *