Kellie's Castle terletak di Batu Gajah, Perak. Tidak jauh daripada Bandaraya Ipoh - hanya dalam 20 minit perjalanan, dan ianya terletak di dalam perjalanan menuju ke Seri Iskandar.
Menurut sejarah, seorang saudagar Scottish yang kaya bernama Kellie telah datang ke Tanah Melayu dan sampai ke negeri Perak. Sewaktu di sana, beliau telah jatuh cinta dengan alam sekeliling sekitar Batu Gajah. Beliau telah membina sebuah rumah di atas bukit di Batu Gajah dan telah mendedikasikan rumah itu untuk isteri tersayang beliau. Pada ketika itu, rumah yang dibina memang besar...siap dengan lif, cellar untuk simpan wain, bilik laundry, ruang untuk worship, selain daripada bilik tidur utama, bilik tidur anak-anak dan ruang tamu. Sebenarnya istana itu dibina sekali dengan terowong...kami diberitahu bahawa terowong tersebut dapat menghubungi sehingga ke kuil hindu (kuil ini berdekatan dengan istana tersebut).
Sewaktu perang dunia pertama, rumah pertama atau istana asal Kellie teruk kena bedilan, justeru banyak dinding atau bahagian rumah tersebut roboh...kita boleh nampak kesan ini...lantas, selepas perang, Kellie membina sebuah lagi rumah atau istana berhampiran dengan rumah lama...istana inilah yang kita nampak dari atas bukit daripada jalanraya...
Tetapi malangnya, istana Kellie ini tiada terdapat atau tidak diceritakan di buku sejarah sekolah. Mungkin istana ini tiada kena-mengena mengenai penjajahan atau pemerintahan British...itu sebab ianya tidak dibukukan...
Kami pun tidak tahu sebenarnya pasal Kellie's Castle ini...tapi since Mac - Jun, kami selalu berulang-alik ke Seri Iskandar, barulah kami tahu pasal istana ini.
0 comments:
Post a Comment