Siapa Kami?


Assalamualaikum

Selamat datang ke blog IchaZara.


Kami sebenarnya pengguna kepada dua (2) produk yang berkualiti, iaitu supplemen kesihatan, Shaklee, dan sikat kutu NitFree jenama Nitty Gritty. 

Supplemen Shaklee telah menjadi pilihan bagi keluarga kami semenjak Ogos 2013, di mana kami sendiri mengamalkan Zink dan B-Complex kerana kami mengalami masalah rambut gugur yang begitu teruk (terutama suami) serta anak sulung kami sering mengalami migrain. Alhamdulillah, masalah rambut gugur dan migrain dapat diatasi semenjak mengamalkan supplemen secara konsisten.

Sehingga kini, kami sekeluarga adalah pengguna tegar B-Complex, Zink, Vitamin C, Vitamin E, Vita-Lea (multi-vitamin), Omegaguard dan Herb-Lax.

Untuk kesihatan sepanjang hayat - Shaklee


Manakala, kami telah menjadi pengguna sikat kutu terbaik di dunia, NitFree jenama Nitty Gritty semenjak tahun 2009. Pada waktu itu, kesemua anak kami (5 orang semuanya) telah dijangkiti kutu kepala yang begitu teruk. Kami telah mencuba pelbagai sikat kutu, shampoo dan cara tradisional, namun tidak mendapat hasil yang menggalakkan. Anak kami pernah kena 'pulau' kerana masalah kutu ini. Setelah diketemukan dengan sikat kutu ini, mimpi ngeri kutu dapat dihapuskan. Kami berjumpa dengan sikat kutu terbaik ini sewaktu di United Kingdom.

Kini, kesemua anak-anak kami bebas kutu kepala. Pada tahun ini (2014), baru kami memasarkan sikat kutu di Malaysia setelah mendapat kebenaran daripada pihak Nitty Gritty United Kingdom. Jadi sikat kutu NitFree ini dibeli terus daripada UK - terjamin kualiti dan reliabiliti. Kami berkongsi pengalaman dan cara penggunaan sikat kutu serta kesedaran mengenai kutu kepala di laman kami, Lice Free Forever.



Untuk kesihatan rambut kanak-kanak - Nitty Gritty Nit Free Comb

 IchaZara adalah trademark untuk perusahaan kami iaitu IchaZara Health Solutions. IchaZara Health Solutions telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2014.
Logo rasmi IchaZara Health Solutions.
Copyrights reserved for IchaZara Health Solutions.


0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *