Saturday, February 1, 2014

Kenapa Kesihatan Penting Di Dalam Islam?

Secara amnya, jika kita sihat, senang kita beribadah.

Dalam hadis, Rasulullah menceritakan mengenai dua nikmat yang besar yang diberikan oleh Allah kepada manusia: nikmat Iman dan nikmat Kesihatan.


Sumber Gambar daripada muslimvoices.org 
Iman merupakan jaminan bagi kita untuk mendapatkan keselamatan dalam menempuh kehidupan ini terutamanya bagi kehidupan selepas mati.

Manakala kesihatan merupakan asas bagi meraih kesejahteraan hidup di dunia ini. Ianya adalah nikmat kedua selepas iman.

Rasulullah saw bersabda:

“ Manusia tidak diberi yang baik di dunia daripada keyakinan dan kesihatan, oleh itu mohonlah keduanya kepada Allah.”

Kepentingan kesihatan ini jelas kelihatan apabila setiap Muslim menjadi sebahagian daripada doa dan permintaan seharian dalam solatnya: “Ya Tuhanku ampuni aku, kasihi aku, cukupkan aku, berikan aku rezeki, beri aku petunjuk dan kesihatan.”

Banyak hadis menekankan kepentingan kesihatan. Rasulullah saw bersabda di antaranya:

  • “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)
  • “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
  • "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan(iman)." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah saw selanjutnya bersabda “Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawabkan oleh hamba Allah pada Hari Kiamat adalah berupa pertanyaan, ‘Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air yang dingin?’, Rasulullah menyambung, ‘Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya di Hari Kiamat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia menggunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke mana dia membelanjakan hartanya dan bagaimana dia menggunakan kesihatannya.”

Insya Allah, dengan kesihatan yang baik akan memudahkan kita sebagai seorang Muslim untuk beribadat kepada Allah, sepertimana yang ditunjukkan di dalam gambarajah di bawah ini.

Sumber Gambar daripada woofhealth.com
Apabila tubuh dan minda kita sihat, kita akan lebih senang untuk melakukan ibadah yang fardu, sunat dan sunnah seperti senang bangun tahjud di tengah malam, puasa sunat isnin/khamis, bersedekah dan mengerjakan haji/umrah. Insya-Allah hubungan kita dengan Allah pun semakin dekat.

Sumber hadis daripada kitab Muntakhab Ahadith.

Updated on 17 Feb 2014

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *