Saturday, September 20, 2014

Apa itu kutu kepala?

Gambar diambil daripada theguardian.com


Kutu merupakan serangga parasit - yang tinggal menumpang di atas kehidupan lain seperti kepala manusia, sangat halus dan sukar dilihat (lebih kurang saiz bijan atau dua hingga empat milimeter) dan mempunyai enam kaki kecil dengan kuku khas seperti penyangkut yang memegang kuat rambut.

Ia juga tidak bersayap. Memandangkan kutu kepala sangat mudah berjangkit, sesetengah orang menganggapnya boleh terbang.

Air liur kutu yang dicucukkan kepada kulit kepala ketika menghisap darah memberikan sensasi gatal dan proses ini boleh berlaku sehingga lima kali sehari.

Penting untuk anda mengetahui bahawa seseorang itu berisiko mendapat jangkitan kali kedua akibat menggaru kepala disebabkan oleh rasa gatal itu.

Apabila kutu mulai hidup di dalam helaian rambut, ia juga mula mengeramkan telur. Secara puratanya, kanak-kanak boleh `membela' di antara 10 hingga 20 ekor kutu dewasa.

Kutu boleh hidup sehingga 30 hari di atas kepala manusia (kutu kepala tidak boleh hidup atau menumpang binatang seperti kucing dan anjing) dan boleh mengeramkan sebanyak lapan biji telur sehari.

Kutu dewasa melekatkan telur-telur mereka yang berwarna kelabu keputih-putihan dan berbentuk bujur pada helaian rambut, berhampiran dengan kulit kepala. Ada ketikanya ia kelihatan seperti kelemumur.

Sebaik ia menetas, nimfa atau anak-anak kutu baru akan keluar. Walaupun tidak boleh mencederakan namun ada ketikanya ia boleh menyebabkan keradangan kulit dan menimbulkan rasa gatal, apatah lagi pada sebelah malam.
Kitaran Hidup Kutu Kepala - Gambar diambil daripada plunketts.com.au 

Tanda-tanda Dijangkiti Kutu Kepala

Telur kutu (eggs/nits)

Telur kutu  berbentuk ‘dots’ kecil atau halus berwarna kuning, atau coklat sebelum ia menetas. Kutu bertelur di pangkal rambut di mana kulit kepala membekalkan suhu yang sesuai untuk telur menetas. Rupa telur kutu seperti kelemumur tetapi telur kutu ini tidak boleh disingkir dengan hanya memberus rambut.

Pada kanak-kanak, kita biasa nampak telur kutu daripada terjumpa dengan kutu hidup. Telur kutu kebiasaanya menetas dalam masa 1 – 2 minggu. Selepas telur menetas, karung telur kelihatan putih atau jernih dan akan melekat pada rambut. 

Ilustrasi - telur dan kutu kepala dewasa

Kutu dewasa dan anak kutu (nymphs)

Saiz kutu dewasa tidak besar daripada biji bijan and berwarna keperang-perangan.  Anak kutu pula lebih kecil dan akan menjadi dewasa dalam masa 1 -2 minggu. Kebanyakan kutu akan hisap darah di kepala beberapa kali dalam sehari, tetapi mereka hanya boleh hidup beberapa sahaja jika berada di luar kepala

Garu-garu

Kita akan rasa gatal-gatal apabila kutu hisap darah di kepala disebabkan air liur kutu. Rasa gatal mungkin tidak dirasai seamas kutu hisap darah. Ini bergantung kepada sensitiviti kulit kepala seseorang. Ada hanya rasa gatal selepas berminggu-minggu.

*Terasa seperti ada sesuatu yang merayap-rayap di atas kepala
*Mudah marah
*Kudis di atas kepala disebabkan oleh kerap menggaru. Ada kalanya, kudis ini boleh berjangkit.

Cara Mengetahui Dijangkiti Kutu Kepala

Selak rambut, dengan menggunakan sikat kutu, sikat rambut di belakang telinga dan di belakang tengkuk kepala untuk mencari dan membuang kutu serta telur. Untuk mencari anak kutu dan telur yang halus amatlah sukar; justeru, kita disarankan menggunakan kanta pembesar untuk mencari anak kutu atau kutu dewasa ataupun telur yang halus.

Di manakah kutu biasanya ditemui?
  • kulit kepala
  • belakang telinga
  • belakang leher

Implikasi Kutu Kepala

Kutu memberikan ketidakselesaan, membuatkan seseorang berasa tidak sihat sekali gus menjejaskan kerja-kerja mereka.

Di kalangan kanak-kanak, kegatalan pada waktu malam mengganggu tidur mereka, seterusnya turut mempengaruhi tumpuan di dalam bilik darjah.

Dalam masa yang sama, ia turut memberikan kesan terhadap tumbesaran dan proses pembelajaran kanak-kanak.

Terdapat juga risiko jangkitan kedua akibat kegatalan dan menggaru kulit kepala secara berterusan.


Jangkitan Kutu Kepala

Kutu sebenarnya amat mudah berjangkit. Kutu boleh berjangkit dengan cepat terutamanya di dalam kumpulan. Sebab itu kebanyak kanak-kanak yang ada kutu kepala, mereka sebenarnya berjangkit sewaktu di sekolah, taska ataupun asrama semasa di majlis keramaian atau temasya sukan mahupun sewaktu berkhemah.

Kutu tidak bersayap, justeru, tidak boleh terbang, tetapi, mereka mempunyai kuku yang mampu mencengkam dan merayap di kulit kepala. Mereka berjangkit menerusi ‘head-to-head contact’ dan juga melalui perkongsian pakaian, bantal tidur, cadar & selimut, sikat rambut dan topi (atau tudung kepala). Kanak-kanak lebih berisiko kerana mereka bermain dan bersentuh rapat dengan rakan-rakan.

Rawatan Kutu Kepala

Pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk merawat masalah kutu. Di antaranya:


1. Shampoo, krim pembilas atau losyen – boleh didapati dan dibeli daripada kedai farmasi or klinik.

Gambil diambil daripada Nitnurses Virginia

Rawatan secara shampoo atau losyen kutu kepala mungkin mampu untuk membunuh telur dan kutu, tetapi ia mengambil masa beberapa hari untuk menghilangkan rasa gatal di kepala. Jika rasa gatal masih dirasai, oral medication (ubat tahan gatal) boleh diambil.

Penting bagi kita membaca label produk ini dengan teliti kerana produk ini ‘insecticides’. Kalau guna shampoo terlampau banyak atau kerap (doktor nasihatkan jangan lebih daripada 3 kali penggunaan), ianya dapat merbahayakan kesihatan kulit kepala dan rambut. Selain daripada itu, rawatan ini akan menjadi kurang atau tidak efektif kerana kutu telah menjadi ‘kebal’ dengan bahan chemical shampoo tersebut.

Selepas menggunakan shampoo, doktor mengesyorkan penggunaan sikat kutu yang bergigi rapat bagi tujuan penyingkiran telur dan kutu. Ulangi rawatan ini 7 sehingga 10 hari untuk membunuh mana-mana telur kutu yang baru menetas.

2. Sikat kutu yang bergigi rapat

Jika anak yang dijangkiti kutu berusia 2 tahun ke bawah, doktor tidak membenarkan penggunaan shampoo kutu untuk mereka. Ibubapa dinasihatkan menggunakan sikat kutu untuk rawatan kutu kepala.

Untuk menyingkir kutu dan telur, sikat kutu mestilah bergigi halus dan rapat, seperti sikat berjenama NitFree, dan rambut mestilah basah atau lembap. Rambut basah dapat memerangkap kutu di kepala kerana kutu tidak dapat bergerak, dan penggunaan kondisioner dapat melembutkan rambut agar ia memudahkan penyikatan rambut nanti.

Gambar diambil daripada Nitty Gritty UK


Ibubapa disarankan untuk menyikat rambut anak-anak setiap 3 ke 4 hari selama 2 minggu untuk memastikan kutu betul-betul ‘lesap’ daripada kepala.

‘Wet combing’ adalah alternative kepada penggunaan shampoo atau losyen yang berkimia.
Untuk pengetahuan pembaca, kutu kepala yang terjatuh ke lantai tidak dapat hidup lama kerana kutu hanya boleh hidup di atas kepala. 




0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *