Kita seringkali mendengar kelebihan solat yang sempurna. Sebenarnya solat sempurna bermula dengan wudu' yang sempurna.
Apakah wudu' yang sempurna? Bagaimana untuk mendapatkan wudu' yang sempurna? Apakah ganjaran wudu' yang sempurna ini?
Di sini saya kongsikan bersama sebahagian hadis yang dipetik daripada kitab Almuntakhab Ahadith.

Gambar diambil daripada Wikihow.com |
Ayat-ayat Al-Quran
Allah swt berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudu'lah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basahlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. (Surah Al-Maidah, ayat 6)
Seterusnya Allah berfirman: Dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (Surah At-Taubah, ayat 108).
Hadis Nabawi
Dari Abu Ayyub meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Empat perkara daripada sunnah-sunnah rasul yang diutuskan: Pertama, malu; kedua, wangi-wangian; ketiga, bersugi gigi; keempat, nikah. (HR Tarmizi)
Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Kalaulah tidak memberati ke atas umatku, nescaya akan aku perintah mereka untuk bersugi setiap kali sembahyang. (HR Muslim)
Dari Abu Hurairah berkata bahawa: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Umatku pada hari kiamat akan dipanggil dalam keadaan tangan, kaki dan mukanya bercahaya-cahaya dari kesan basuhan air wudu'. Oleh itu barangsiapa yang mahu supaya bertambahnya cahaya, dengan menyempurnakan basuhannya maka lakukanlah. (HR Bukhari)
Dari Uthman ibn Affan rdhu meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Barangsiapa berwudu' dengan sebaik-baik wudu', yakni dengan menjaga sunat-sunatnya dan adab-adabnya, maka akan keluar dosa-dosanya daripada badannya sehingga akan keluar daripada bawah-bawah kukunya. (HR Muslim)
Dari Uthman ibn Affan rdhu berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Mana-mana hamba yang berwudu' dengan sempurna yakni membasuh semua anggota wudu' tiga kali dengan baik, Allah mengampunkan baginya dosa-dosa terdahulu dan akan datang. (HR Bazzar, Majma uz Zawaaid)
Dari Abdullah Sunabihiy meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Apabila seorang mukmin berwudu' yang disertai dengan berkumur-kumur maka akan keluar dosa-dosanya dari mulutnya. Apabila dia membasuh hidungnya maka semua dosa yang disebabkan hidungnya akan dihapuskan dan apabila dia membasuh wajahnya maka akan keluar dosa-dosa wajahnya sehingga kelopak matanya. Dan apabila dia membasuh tangannya maka akan keluar dosa-dosa dari tangannya sehingga ke bawah kuku jarinya. Apabila dia menyapu rambutnya maka akan keluar dosa-dosanya dari seluruh rambutnya sehingga ke telinganya dan apabila dia membasuh kedua belah kakinya, maka akan gugur dosa-dosanya sehingga ke bawah kuku jari kakinya.
Kemudian dia berjalan ke masjid dan bersembahyang sunat maka bertambahlah fadilatnya. Dalam satu riwayat yang panjang dari Umar ibn Abasah As Sulamiy meriwayatkan bahawa: Barangsiapa yang berwudu' kemudian berjalan ke masjid dan mendirikan sembahyang sunat kemudian memuji Allah swt, Dialah Zat yang selayaknya disembah dengan segala Kebesaran yang hatinya tertumpu kepada KebesaranNya. Orang seumpama ini selepas dia bersembahyang, akan disucikan segala dosa sebagaimana hari yang baru dilahirkan oleh ibunya. (HR Muslim)

0 comments:
Post a Comment