Sunday, May 4, 2014

Panduan Memandu ke Singapura - 26 Disember 2013


Entri kali ini adalah mengenai panduan memandu di Singapura.   

Kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Singapura pada 26 Disember 2013. Kami ke sana menaiki kereta kami sendiri..seronok sebab dapat pengalaman baru apabila kita drive sendiri. Sebelum kami berangkat ke sana, kami telah membaca banyak blog mengenai percutian dan pemanduan di Singapura ini. Blog tersebut sememangnya membantu kami, walaubagaimanapun, berdasarkan kepada pengalaman kami sendiri, kami dapati ada sedikit perbezaan dengan info yang sedia ada.

Persediaan sebelum pergi ke Singapura:

  • passport antarabangsa - make sure passport anda masih sahguna. Sahguna bermaksud: jika expiry date passport anda adalah 4 Ogos 2014, maka passport anda hanya sahguna selewat-lewatnya 4 Februari 2014. So, jika anda travel ke luar negara pada Jun ini tetapi expiry date Ogos ini, maka anda kena renew passport anda. Renew untuk 2 tahun ialah RM100 atau RM300 untuk 5 tahun. Untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun), hanya RM150 untuk 5 tahun.
  • passport berkumpulan - saya diberitahu bahawa jika kita travel dalam kumpulan melebihi 5 orang, kita boleh apply passport jenis ini, dengan syarat, kesemua ahli kumpulan WAJIB hadir semasa pergi ke sana. Kosnya hanya RM20 seorang, tapi saya tidak tahu validity sampai bila.
  • wang Singapura - tukar wang secukupnya di Malaysia - waktu Disember 2013, exchange rate RM2.50 untuk Sing$1. tapi kita masih boleh keluarkan wang kat ATM di sana. Make sure anda hubungi bank anda dahulu supaya kad bank anda boleh digunakan di sana.
  • GPS - download map Singapura sebelum pergi. Kami guna Sygic tapi ia hanya boleh digunakan lima hari sahaja (trial version utk Singapore), tapi ianya bagus.
  • roadtax kereta anda MESTI masih sah - make sure roadtax belum expired lagi. 
  • driver's licence MESTI masih sah - renew jika hampir expired. Lesen kita boleh digunakan di sana.
  • kad putih 'disembarkation' - kad ini perlu diisikan. Ia boleh didapati di hotel penginapan anda di JB. Borang ini boleh didapati dan diisi kat pejabat immigration, tapi jika ianya sudah diisi di hotel, ini lebih menyenangkan kerja anda.
  • jika kereta anda pernah dibawa ke Singapura, anda boleh check 
Sewaktu berada di border Johor-Singapura, pastikan:

  • owner kereta mesti ikut serta - jika anda adalah owner dan driver, no problem. Macam kami, owner adalah wife dan driver adalah husband....so, the wife lah yang kena beratur utk berjumpa dengan pihak immigration.
  • kesemua ahli hadir di dalam kereta - kita tak perlu keluar daripada kereta, tetapi mesti tunjukkan muka kita apabila pegawai memeriksa passport. Hanya driver sahaja yang kena keluar sebab untuk buka boot kereta.

Jika ini adalah kali pertama anda drive ke Singapore dan roadtax & lesen memandu masih sah, anda tidak akan ada apa-apa masalah dengan pihak immigration. SO, make sure that your roadtax and drvier's licence are valid sewaktu travelling.

Lepas itu, anda dikehendaki membeli kad AutoPass sebanyak Sing$10. Kad ini macam kad touchNgo kat Malaysia. Boleh di top-up kat Seven Eleven. Nilai kad ini akan ditolak secara automatik apabila kita melalui tollgate di bandar Singapura. Masalahnya kita tak tahu berapa nilai yang masih ada pada kad so...bila top-up kad ini, kena pandai agak-agak nilai untuk ditop-up. 

Tetapi jika anda pernah drive ke Singapore sebelum ini dengan kereta yg sama, maka sila bawa kad AutoPass yang sedia bersama anda. Jika hilang atau sudah tiada lagi, ini akan menimbulkan masalah  sebab immigration Singapura boleh trace rekod kita di dalam sistem mereka. Begitu juga jika anda ada rekod trafik di Singapura...anda perlu selesaikan isu di pejabat immigration Singapura.

Kita juga disaran untuk membeli kad NetsCash - kad ini akan digunakan untuk bayar parking kat sana. Top-up dalam Sing$20 sebagai permulaan. Macam AutoPass gak, ia boleh di top-up di Seven Eleven.

Jika sudah clear dengan immigration, so boleh drive masuk ke Singapura. So, selamat menuju ke destinasi percutian anda di Singapura.

Hati-hati memandu dan patuhi had laju sewaktu di sana sebab terdapat banyak Speed Camera di Singapura.

Apabila keluar daripada Singapura, make sure:

  • nilai pada kad AutoPass anda mencukupi untuk bayar kesemua tol yang anda telah lalui semasa di SIngapura
  • anda settle kan saman trafik - maybe speeding - jika ada
  • simpan kad AutoPass dan NetsCash - elok-elok jika anda ingin drive semula ke Singapura



1 comment:

  1. nice article.. :) jika berminat nk SG City Tour Package (from JB serendah RM109) / beli any Tiket Masuk Singapore (USS dll - Lebih dari 30 Jenis Tiket) All at %Discount Price! bole juga hubungi saya WHATSAPP +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB LOVE TRAVEL *Contact: +6012-7760219, let's visit SG soon :) #LoveTravel *lawat FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

Contact Form

Name

Email *

Message *