Monday, October 27, 2014

Kellie's Castle, Perak

Kellie's Castle terletak di Batu Gajah, Perak. Tidak jauh daripada Bandaraya Ipoh - hanya dalam 20 minit perjalanan, dan ianya terletak di dalam perjalanan menuju ke Seri Iskandar.

Menurut sejarah, seorang saudagar Scottish yang kaya bernama Kellie telah datang ke Tanah Melayu dan sampai ke negeri Perak. Sewaktu di sana, beliau telah jatuh cinta dengan alam sekeliling sekitar Batu Gajah. Beliau telah membina sebuah rumah di atas bukit di Batu Gajah dan telah mendedikasikan rumah itu untuk isteri tersayang beliau. Pada ketika itu, rumah yang dibina memang besar...siap dengan lif, cellar untuk simpan wain, bilik laundry, ruang untuk worship, selain daripada bilik tidur utama, bilik tidur anak-anak dan ruang tamu. Sebenarnya istana itu dibina sekali dengan terowong...kami diberitahu bahawa terowong tersebut dapat menghubungi sehingga ke kuil hindu (kuil ini berdekatan dengan istana tersebut).

Sewaktu perang dunia pertama, rumah pertama atau istana asal Kellie teruk kena bedilan, justeru banyak dinding atau bahagian rumah tersebut roboh...kita boleh nampak kesan ini...lantas, selepas perang, Kellie membina sebuah lagi rumah atau istana berhampiran dengan rumah lama...istana inilah yang kita nampak dari atas bukit daripada jalanraya...

Tetapi malangnya, istana Kellie ini tiada terdapat atau tidak diceritakan di buku sejarah sekolah. Mungkin istana ini tiada kena-mengena mengenai penjajahan atau pemerintahan British...itu sebab ianya tidak dibukukan...

Kami pun tidak tahu sebenarnya pasal Kellie's Castle ini...tapi since Mac - Jun, kami selalu berulang-alik ke Seri Iskandar, barulah kami tahu pasal istana ini.

Bulan Mei 2014, kami sekeluarga berpeluang mengunjungi istana lama ini. Waktu tu terdapat satu event sedang berlangsung, iaitu pameran dan pertandingan motor klasik....kami memang suka benda-benda klasik ni...so jom layan gambar-gambar yang kami ambil di sana:

Selamat Datang ke Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Pandangan Luar Kellie's Castle

Sign Posts Kellie's Castle

Pandangan sisi Kellie's Castle

Sejarah Kellie's Castle

Bergambar dengan Sir William Kellie

Kids di luar Kellie's Castle

Ada cellar untuk simpan wine dan terowong

Ruang tamu yang dilengkapi dengan perabot English

Lif pertama di Tanah Melayu

Isha dan perigi di dalam kawasan Kellie's Castle

DInah di kemuncak Kellie's Castle



0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *