Saturday, March 22, 2014

Diabetes

Apa itu Diabetes?

Imej daripada Researchforthefuture
 Diabetes (aka kencing manis) atau dikenali sebagai 'diabetes mellitus' ialah satu kumpulan penyakit metabolisme di mana pesakit mempunyai kandungan gula yang tinggi di dalam darah. Keadaan ini berlaku berpunca daripada beberapa keadaan: (1) tubuh tidak berupaya mengeluarkan kandungan insulin yang mencukupi, atau (2) sel-sel tubuh tidak mampu bertindakbalas secara sempurna kepada insulin, atau (3) kedua-dua sekali.


Pesakit kebiasaannya kerap membuang air kecil, merasa dahaga dan lapar yang amat sangat.

Jenis Kencing Manis


Ada tiga jenis kencing manis:
  • Type 1 diabetes - 
  • Type 2 diabetes -
  • Gestational diabetes - 
Type 1 Diabetes


Badan tidak menghasilkan insulin. Ia juga dikenali sebagai 'insulin-dependent diabetes' atau 'juvenile diabetes', atau 'early-onset diabetes'. Pesakit diabetes type 1 selalunya terdiri daripada kanak-kanak atau remaja. 10% daripada pesakit diabetes adalah jenis type 1.



Pesakit ini terpaksa bergantung kepada suntikan insulin sepanjang hayat mereka dan mesti menjalani ujian darah secara regular serta mengikuti diet khusus untuk mereka.


Type 2 Diabetes


Badan tidak menghasilkan insulin untuk berfungsi secara sempurna atau sel-sel tidak bertindakbalas terhadap insulin yang dihasilkan oleh badan (atau dikenali sebagai 'insulin resistance'). 90% pesakit diabetes di seluruh dunia adalah jenis ini.



Setengah pesakit type 2 dapat mengawal kencing manis mereka dengan menurun berat badan mereka, bersenam, mengamalkan diet sihat dan memantau tahap gula di dalam darah. Tetapi, diabetes type 2 ini merupakan penyakit yang progresif di mana ianya akan bertambah teruk dan akhirnya pesakit terpaksa mengambil insulin seperti di dalam bentuk tablet.



Orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan ataupun obes adalah lebih berisiko berbanding dengan orang yang mempunyai berat badan yang ideal. Mereka yang mempunyai lemak viseral atau dikenali sebagai 'central obesity' atau 'abdominal obesity' di mana lemak terkumpul di bahagian perut ('fat belly') berisiko tinggi.



Terlebih berat badan, tidak aktif dan memakan makanan yang salah, semuanya mendorong kepada penyakit kencing manis type 2. Penyelidik daripada Imperial College of London melaporkan di dalam jurnal Diabetologia menyatakan dengan hanya meminum satu tin (non-diet) soda satu hari dapat meninggikan risiko untuk diabetes type 2 ini sebanyak 22%. Mereka percaya minuman bergas mungkin mempunyai kesan langsung terhadap penyakit diabetes ini.


Risiko mendapat penyakit diabetes ini turut meningkat dengan peningkatan umur kita. Pakar tidak tahu sebab tetapi berandaian bahawa apabila umur meningkat, berat makin bertambah dan kita semakin kurang aktif secara fizikal. Orang yang mempunyai ahli keluaraga terdekat yang menghidap kencing manis dan orang daripada 'Middle East', Afrika atau Asia lebih berisiko tinggi untuk mendapat diabetes.


Lelaki yang mempunyai tahap testosterone yang rendah juga berisiko. Penyelidik daripada University of Edinburgh, Scotland mengatakan bahawa tahap testosterone yang rendah dikaitkan dengan 'insulin resistance'.



Gestational Diabetes



Wanita mengandung kebiasaanya menghidap diabetes jenis ini. Setengah wanita mengandung mempunyai tahap glukos yang tinggi dan menyebabkan tubuh mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk menghantar kesemua glukos ke dalam sel-sel tubuh, ini menyebabkan peningkatan tahap glukos.



Diabetes gestational ini terjadi sewaktu hamil.



Kebanyakan pesakit diabetes jenis ini mampu kawal penyakit mereka dengan bersenam dan diet. Di anggarkan 10-20% daripada mereka terpaksa mengambil ubat yang boleh mengawal glukos di dalam darah. Jikalau mereka ini tidak didiagnos atau tidak dipantau, mereka berisiko semasa melahirkan bayi nanti. Saiz bayi mereka mungkin lebih besar daripada sepatutnya.



Penyelididik daripada National Institutes of Health dan Harvard University mendapati bahawa wanita yang dietnya tinggi dengan lemak haiwan dan kolesterol berisiko mendapat diabetes gestational berbanding dengan wanita yang dietnya rendah kolesterol dan lemak haiwan.


Apa itu Pra-diabetes? 

Kebanyakan pesakit diabetes type 2 mempunyai pra-diabetes. Kandungan glukos atau gula tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk didiagnosis sebagai diabetes. Sel-sel di dalam badan mereka menjadi 'resistance' kepada insulin. Setengah kajian mendapati sewaktu pra-diabetes, sistem peredaran dan jantung telah mula rosak. 

Bagaimana Mengetahui Samada Kita Menghidap Pra-diabetes atau Diabetes?

Doktor dapat menentukan samada seseorang itu diabetes atau tidak melalui tiga ujian yang berbeza: 

Ujian A1C

  • lebih daripada 6.5% bermakna diabetes
  • antara 5.7% dan 5.99% bermakna pra-diabetes
  • kurang daripada 5.7% bermakna normal

Ujian FTG (Fasting Plasma Glucose)

  • lebih daripada 126mg/dl bermakna diabetes
  • antara 100mg/dl dan 125.99mg/dl bermakna pra-diabetes
  • kurang daripada 100mg/dl bermakna normal

Ujian OGTT (Oral Glucose Tolerance  Test)

  • lebih daripada 200mg/dl bermakna diabetes
  • antara 140 dan 199.99mg/dl bermakna pra-diabetes
  • kurang daripada 140mg/dl bermakna normal

Ujian untuk Diabetes Type 2 di sini

Vitamin dan Mineral Untuk Merawat Diabetes 

  • ALA (Alpha-lipoic Acid) dan GLA (Gamma-lipoic Acid) - merupakan anti-oksidan yang dapat merendahkan 'insulin resistance' dan mengawal gula di dalam darah (ALA) serta memperbaiki fungsi 'nerves' yang rosak (GLA).
  • Biotin - membantu mempertingkatkan aktiviti enzim 'glucokinase' di mana enzim ini amat penting untuk tubuh berfungsi secara normal
  • Carnitine (L-Carnitine, Acetyl L-Cartnitine) - diperlukan oleh tubuh supaya tubuh boleh guna lemak badan secara betul di dalam penghasilan tenaga. 
  • Chromium - nutrisi penting tubuh dalam melawan diabetes.
  • Coenzyme Q10 - mungkin membantu merendahkan kandungan gula di dalam darah dan membekalkan oksigen ke dalam darah.
  • Inositol - penting di dalam kesihatan sel membran dan kolesterol darah. Mungkin berperanan memperbaiki sel-sel nervous yang rosak akibat diabetes.
  • Manganese - kebiasaanya pesakit diabetes rendah kandungan manganese. Ia dikatakan antara penyebab kepada diabetes. Ia bekerjasama dengan enzim untuk membantu tubuh menghasilkan metabolisme.
  • Magnesium - pesakit diabetes kurang kandungan magnesium.
  • Niacin
  • Potasium
  • Taurina
  • Vanadium
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Zink

Sumber rujukan:

  • http://www.medicalnewstoday.com/info/diabetes/
  • http://www.diabetes.co.uk/vitamins-supplements.html 

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?

Beberapa vitamin dan mineral Shaklee dapat membantu pesakit diabetes:

  • B-Complex
  • Vitalea - multi-vitamin
  • Zinc Complex
  • Ostematrix - mengandungi magnesium
  • CoQ Health

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *