Monday, February 17, 2014

Supplemen Untuk Wanita 40an

Bersama suami tersayang....

Umur saya awal 40an. Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu, umur 40 ini memberi erti yang begitu besar dan bermakna di dalam kehidupan saya sekarang. Pada usia ini, sebahagian daripada saya mengatakan dah banyak perkara yang saya dah buat atau capai seperti anak dah besar - yang sulung dah masuk 'U', kalau dalam kerjaya, saya mempunyai 8 orang pelajar PhD dan kalau dalam rumahtangga, saya dah berkahwin selama 20 tahun. 


Tetapi sebahagian daripada saya mengatakan yang saya sebenarnya baru matang di dalam kerjaya saya sebagai seorang pensyarah, baru matang dalam kehidupan berumahtangga dan baru berjinak dengan ibadah sunat serta sunnah. Di dalam Islam, usia 40 ini amat penting di dalam kehidupan seorang Muslim kerana ia merupakan titik permulaan sebenar kehidupan seorang Muslim sama ada beliau menjadi lebih baik atau sebaliknya pada usia lanjutnya.



Tetapi entri kali ini saya ingin memfokuskan kesihatan wanita usia 40an seperti saya. Berikut adalah hasil yang saya perolehi daripada beberapa laman sesawang mengenai keperluan nutrisi bagi wanita 40an.



Menurut kebanyakan hasil kajian nutrisi di Amerika Syarikat termasuk NHANES (National Health and Nutrition Examination Survey), wanita 40an kurang kalsium, zat besi, zink, folat and vitamin A and D. Pengambilan vitamin B pun pada tahap yang rendah. 




Daripada pembacaan saya mengenai nutrisi, kebanyakan pengamal nutrisi dan kesihatan menasihatkan kita agar memenuhi kehendak nutrisi melalui pemakanan sihat. 




Sebagai contoh, pengambilan susu rendah lemak atau produk dairi lain seperti keju dan yogurt membantu meningkatkan kandungan kalsium dan vitamin D di dalam tubuh kita. Jus oren juga dikatakan membantu penyerapan nutrisi tersebut. Roti, gandum dan bijirin yang diperkaya dengan folate dapat meningkatkan kadar penyerapan kalsium dan vitamin D ini. Sayur-sayuran dan buah-buahan menyediakan pelbagai jenis nutrisi penting terutama anti-oksida secara percuma kepada tubuh kita. Tetapi, malangnya kebanyakan kita tidak mengamalkan diet sihat ini. 


Menurut Dr. Mehmet Oz, seorang doktor dan hos TV yang popular - beliau pernah muncul di TV program Oprah Winfrey yang popular, jika anda seorang wanita berusia 40 tahun dan ke atas, anda dinasihatkan untuk mengambil 4 jenis supplemen berikut setiap hari dan  berikut adalah sebab mengapa anda perlu mengambilnya:
  • Multivitamin


Setiap wanita berusia 40an sepatutnya mengambil multi-vitamin setiap hari untuk mengelakkan daripada penyakit jantung dan kanser kolon. Beliau menyifatkan ini sebagai 'polisi insuran' yang sepatutnya kita perlu ada setiap masa.
Multi-vitamin yang bagus adalah yang menyediakan nilai keperluan seharian sebnyak 100% dan mengandungi vitamin B, C, E dan Zink. Jika wanita tersebut masih lagi didatangi haid, maka multi-vitamin haruslah mengandungi zat besi.  
Dr Oz selanjutnya mengatakan bahawa kita sebenarnya tidak memerlukan 'mega' multi-vitamin kerana ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan kita sebaliknya.
Cara terbaik untuk mengambil supplemen ini dengan bahagikan masa pengambilan kepada dua bahagian: ambil separuh daripada total pengambilan di sebelah pagi dan selebihnya di sebelah petang.
  • Kalsium/Magnesium
Kalsium dan magnesium membantu tubuh membina dan menguatkan tulang dan gigi kita.
Dr. Oz rekomen pengambilan kalsium sebanyak 600 mg dan magneisum sebanyak 400 mg setiap hari, dengan satu gelas penuh air, 2 jam selepas makan. Beliau melarang pengambilan kalsium pada waktu yang sama dengan pengambilan preskrepsi doktor kerana preskrepsi doktor dan kalsium berkemungkinan akan bertindakbalas di antara satu sama lain. Kebanyakan doktor mensyorkan agar jarakkan pengambilan di antara mereka.
  • Vitamin D
Daripada hasil penyelidikan klinikal, vitamin D dikatakan dapat membantu mencegah banyak penyakit kronik seperti diabetes dan kanser payu dara. Vitamin D juga dikatakan dapat membantu tubuh kita menyerap kalsium.


Dr Oz rekomen pengambilan vitamin D waktu sarapan pagi ataupun dengan makanan tepu lemak (fat-soluble food). Dosej yang direkomenkan adalah 1,000 IU setiap hari.
Beliau selanjutnya mensyorkan agar kita menjalani ujian darah untuk memastikan kandungan vitamin D di dalam dos yang sesuai untuk keperluan tubuh kita.
  • Minyak Ikan
Minyak ikan memelihara otak dan hati kita. Ia juga dikatakan dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser payu dara sebanyak 32%. Minyak ikan mengandungi asid lemak Omega 3 dan tiada kandungan 'mercury' di dalam mana-mana produk ikan.
Dr. Oz rekomen pengambilan minyak ikan yang mengandungi DHA sebanyak 600 mg  dengan sarapan pagi. Dan wanita berusia 40an seharusnya mengambilnya setiap hari. Beliau sendiri mengamalkan minyak ikan setiap hari.
Berikut adalah link kepada laman sesawang yang memberi panduan umum kepada orang dewasa lelaki dan perempuan mengenai supplemen dan usia: Vitamins and You
Berdasarkan kepada panduan yang diberikan oleh pakar, saya mengamalkan vitamin supplemen daripada Shaklee: 
  • Omegaguard - mengandungi EPA dan DHA (untuk kesihatan jantung)
  • Vitamin E complex - mengandungi Selenium dan extrak biji anggur (untuk anti-oksidan)
  • B complex - mengandungi B1 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B6 (pridoxine hydrochloride), folate (folic acid), B12, biotin & patothenic (untuk stress, rambut & otak)
  • Zinc complex - mengandungi kalsium dan zink (untuk rambut)
  • ESP - untuk keperluan protein dan kalsium
Untuk detoks, saya amalkan:
  • Alfafa complex - mengandungi Klorofil (untuk membersihkan darah)
  • Herb-lax - mengandungi senna dan 8 herba terpilih (untuk membersihkan usus)

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *