Friday, February 14, 2014

Jom kita "reverse parking"!!!

Kita telah mendengar beberapa kes kemalangan yang berlaku di petak letak kereta sama ada di kawasan rumah sendiri ataupun di tempat awam seperti terlanggar anak kecil ataupun berlanggar dengan kereta lain. 

Di Amerika, statistik mengatakan lebih kurang 14% kes kemalangan yang berlaku di kawasan letak kereta adalah berkaitan dengan 'front-in parking' di mana apabila satu kereta ingin keluar secara tidak sengaja berlanggar dengan kereta yang lalu belakang kereta tersebut. Cara untuk mengelak perkara ini berlaku adalah dengan mengamalkan 'reverse parking' atau 'back-in parking'.

Apa itu 'reverse parking' atau 'back-in parking' ataupun dalam Bahasa Melayu 'parkir undur'?

Reverse parking dalam perkataan seharian kita bermaksud "buntut kereta masuk ke dalam petak letak kereta dahulu". Ini berlawanan dengan amalan kebiasaan orang kita di mana kita selalunya masukkan "kepala kereta dahulu" apabila kita park kereta.


Gambar daripada rapgenius.com

Sewaktu saya dan suami berada di Jepun pada September 2012, kami dapati bahawa orang Jepun telahpun mengamalkan reverse parking. Sepanjang kami berada di sana, boleh dikatakan kesemua kereta park secara reverse samada di kawasan kediaman, ofis, shopping mall ataupun di kawasan letak kereta awam. Kami berasa amat tertarik sekali dengan amalan mereka ini. Gambar-gambar ini kami ambil sewaktu berada di Matsue, Jepun.





Apabila kami pergi ke Singapura pada hari "Boxing Day" Disember 2013, kami diarahkan oleh pegawai Imigresen Singapura untuk park kereta secara reverse. Di sana, kami juga mendapati rakyat Singapura memang mengamalkan reverse parking.

Semenjak mengunjung Jepun dahulu, kami telahpun mengamalkan reverse parking samada di kawasan rumah kami, tempat kerja dan tempat awam. Jiran kami di Seksyen 4 Shah Alam, ramai yang telah mengamalkan reverse parking ini. Tahniah!!!

Yang mengembirakan saya adalah apabila saya mendapati ramai juga rakan pensyarah dan staff di fakulti saya juga mengamalkan reverse parking ini. Ini buktinya:




Di UiTM Shah Alam (tempat kerja saya), saya terjumpa dengan satu papan tanda "Parkir Undur" di kolej Teratai, yang menyuruh pemandu untuk buat "reverse parking" ini. Sewaktu saya berada di UiTM Seri Iskandar, terdapat lebih banyak papan tanda parkir undur di sekitar beberapa bangunan fakulti.

Walaupun sebahagian rakyat Malaysia telah mengamalkan reverse parking ini, tahap kesedaran di kalangan warga negara ini secara umumnya masih di tahap yang rendah. Ini memerlukan komitmen dan perlaksanaan oleh pihak kerajaan dan pihak berwajib di dalam mendidik rakyat seperti yang berlaku di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

Berdasarkan kepada pengalaman saya (saya ni agak lembab dalam bab parking terutamanya reverse parking ini), untuk mengamalkan reverse parking ini, memerlukan komitmen yang konsisten.

  1. 'Practice makes prefect' - mula-mula buat reverse parking, ianya mengambil masa yang agak lama sebab ianya lebih sukar dibuat daripada 'front-in parking'. Sekarang ni, better.
  2. 'Learn the right technique' - rupa-rupanya 'front-in parking' adalah teknik yang salah. Terdapat beberapa laman sesawang dan youtube yang mengajar teknik reverse parking yang betul.

Blogger Malaysia yang popular dengan ulasan kenderaan baru, Paul Tan, 'highlight' faedah reverse parking ini. Di antaranya:

  1. Keselamatan - boleh elakkan daripada perlanggaran dan juga daripada kecurian/rompakan di bonet kereta
  2. Kajian IAM (Institute of Automative Malaysia) menunjukkan bahawa reverse parking boleh jimatkan petrol

Detail boleh diperolehi daripada paultan.org

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *