Vivix - Si Tonik Ajaib

Vivix tidak akan dikenali dengan nama jolokan Si Tonik Ajaib kalau ia bukan benar-benar menghairankan ramai pengamal perubatan.

Promosi bulan Januari 2014

Dapatkan 1 botol Alfalfa percuma dengan setiap pembelian 6 unit Alfalfa. Penjimatan melebihi RM40. Sah sehingga 31 Jan 2014 sahaja.

Kenali kami sekeluarga:)

Anis, Athirah, Addinah, Aiman, Azzahra, Arissha

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, February 17, 2014

Supplemen Untuk Wanita 40an

Bersama suami tersayang....

Umur saya awal 40an. Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu, umur 40 ini memberi erti yang begitu besar dan bermakna di dalam kehidupan saya sekarang. Pada usia ini, sebahagian daripada saya mengatakan dah banyak perkara yang saya dah buat atau capai seperti anak dah besar - yang sulung dah masuk 'U', kalau dalam kerjaya, saya mempunyai 8 orang pelajar PhD dan kalau dalam rumahtangga, saya dah berkahwin selama 20 tahun. 


Tetapi sebahagian daripada saya mengatakan yang saya sebenarnya baru matang di dalam kerjaya saya sebagai seorang pensyarah, baru matang dalam kehidupan berumahtangga dan baru berjinak dengan ibadah sunat serta sunnah. Di dalam Islam, usia 40 ini amat penting di dalam kehidupan seorang Muslim kerana ia merupakan titik permulaan sebenar kehidupan seorang Muslim sama ada beliau menjadi lebih baik atau sebaliknya pada usia lanjutnya.



Tetapi entri kali ini saya ingin memfokuskan kesihatan wanita usia 40an seperti saya. Berikut adalah hasil yang saya perolehi daripada beberapa laman sesawang mengenai keperluan nutrisi bagi wanita 40an.



Menurut kebanyakan hasil kajian nutrisi di Amerika Syarikat termasuk NHANES (National Health and Nutrition Examination Survey), wanita 40an kurang kalsium, zat besi, zink, folat and vitamin A and D. Pengambilan vitamin B pun pada tahap yang rendah. 




Daripada pembacaan saya mengenai nutrisi, kebanyakan pengamal nutrisi dan kesihatan menasihatkan kita agar memenuhi kehendak nutrisi melalui pemakanan sihat. 




Sebagai contoh, pengambilan susu rendah lemak atau produk dairi lain seperti keju dan yogurt membantu meningkatkan kandungan kalsium dan vitamin D di dalam tubuh kita. Jus oren juga dikatakan membantu penyerapan nutrisi tersebut. Roti, gandum dan bijirin yang diperkaya dengan folate dapat meningkatkan kadar penyerapan kalsium dan vitamin D ini. Sayur-sayuran dan buah-buahan menyediakan pelbagai jenis nutrisi penting terutama anti-oksida secara percuma kepada tubuh kita. Tetapi, malangnya kebanyakan kita tidak mengamalkan diet sihat ini. 


Menurut Dr. Mehmet Oz, seorang doktor dan hos TV yang popular - beliau pernah muncul di TV program Oprah Winfrey yang popular, jika anda seorang wanita berusia 40 tahun dan ke atas, anda dinasihatkan untuk mengambil 4 jenis supplemen berikut setiap hari dan  berikut adalah sebab mengapa anda perlu mengambilnya:
  • Multivitamin


Setiap wanita berusia 40an sepatutnya mengambil multi-vitamin setiap hari untuk mengelakkan daripada penyakit jantung dan kanser kolon. Beliau menyifatkan ini sebagai 'polisi insuran' yang sepatutnya kita perlu ada setiap masa.
Multi-vitamin yang bagus adalah yang menyediakan nilai keperluan seharian sebnyak 100% dan mengandungi vitamin B, C, E dan Zink. Jika wanita tersebut masih lagi didatangi haid, maka multi-vitamin haruslah mengandungi zat besi.  
Dr Oz selanjutnya mengatakan bahawa kita sebenarnya tidak memerlukan 'mega' multi-vitamin kerana ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan kita sebaliknya.
Cara terbaik untuk mengambil supplemen ini dengan bahagikan masa pengambilan kepada dua bahagian: ambil separuh daripada total pengambilan di sebelah pagi dan selebihnya di sebelah petang.
  • Kalsium/Magnesium
Kalsium dan magnesium membantu tubuh membina dan menguatkan tulang dan gigi kita.
Dr. Oz rekomen pengambilan kalsium sebanyak 600 mg dan magneisum sebanyak 400 mg setiap hari, dengan satu gelas penuh air, 2 jam selepas makan. Beliau melarang pengambilan kalsium pada waktu yang sama dengan pengambilan preskrepsi doktor kerana preskrepsi doktor dan kalsium berkemungkinan akan bertindakbalas di antara satu sama lain. Kebanyakan doktor mensyorkan agar jarakkan pengambilan di antara mereka.
  • Vitamin D
Daripada hasil penyelidikan klinikal, vitamin D dikatakan dapat membantu mencegah banyak penyakit kronik seperti diabetes dan kanser payu dara. Vitamin D juga dikatakan dapat membantu tubuh kita menyerap kalsium.


Dr Oz rekomen pengambilan vitamin D waktu sarapan pagi ataupun dengan makanan tepu lemak (fat-soluble food). Dosej yang direkomenkan adalah 1,000 IU setiap hari.
Beliau selanjutnya mensyorkan agar kita menjalani ujian darah untuk memastikan kandungan vitamin D di dalam dos yang sesuai untuk keperluan tubuh kita.
  • Minyak Ikan
Minyak ikan memelihara otak dan hati kita. Ia juga dikatakan dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser payu dara sebanyak 32%. Minyak ikan mengandungi asid lemak Omega 3 dan tiada kandungan 'mercury' di dalam mana-mana produk ikan.
Dr. Oz rekomen pengambilan minyak ikan yang mengandungi DHA sebanyak 600 mg  dengan sarapan pagi. Dan wanita berusia 40an seharusnya mengambilnya setiap hari. Beliau sendiri mengamalkan minyak ikan setiap hari.
Berikut adalah link kepada laman sesawang yang memberi panduan umum kepada orang dewasa lelaki dan perempuan mengenai supplemen dan usia: Vitamins and You
Berdasarkan kepada panduan yang diberikan oleh pakar, saya mengamalkan vitamin supplemen daripada Shaklee: 
  • Omegaguard - mengandungi EPA dan DHA (untuk kesihatan jantung)
  • Vitamin E complex - mengandungi Selenium dan extrak biji anggur (untuk anti-oksidan)
  • B complex - mengandungi B1 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B6 (pridoxine hydrochloride), folate (folic acid), B12, biotin & patothenic (untuk stress, rambut & otak)
  • Zinc complex - mengandungi kalsium dan zink (untuk rambut)
  • ESP - untuk keperluan protein dan kalsium
Untuk detoks, saya amalkan:
  • Alfafa complex - mengandungi Klorofil (untuk membersihkan darah)
  • Herb-lax - mengandungi senna dan 8 herba terpilih (untuk membersihkan usus)

Friday, February 14, 2014

Supplemen Kesihatan Anak Yang Masih Belajar

Saya mempunyai 5 orang anak: yang sulung di universiti, yang kedua di sekolah menengah, yang ketiga dan keempat di sekolah rendah, dan yang bongsu baru bersekolah tadika. 


Dinah (anak no 2), Aiman (anak no 3) dan Isha (yang kecik) di sebuah hotel di Johor Bharu

Saya dengan kesemua anak di luar Esplanade, Singapura, Disember 2013
Seperti ibu-ibu lain, saya memberi mereka vitamin supplemen sebagai makanan tambahan.



Untuk anak yang sulung dan nombor dua, saya supplemenkan mereka dengan vitamin Shaklee B-Complex dan Shaklee vitamin C. Tetapi untuk anak saya yang masih bersekolah rendah dan tadika, saya hanya supplemenkan mereka dengan Shaklee chewable vitamin C dan madu setiap hari.

Kenapa saya pilih B-Complex untuk anak-anak saya?

Anak sulung saya dahulunya selalu pening kepala. Apabila beliau pulang bercuti, pasti anak saya ini akan pergi ke DEMC untuk ambil ubat pening kepala. Saya sampai naik "fed-up" dengan amalan anak saya yang satu ni - asyik-asyik makan ubat aje bila pening kepala. Saya tidak mahu anak saya jadi "hamba ubat".

Satu hari, saya buang kesemua ubat pening kepala tu dan mengarahkan anak saya untuk HANYA makan vitamin B-Complex Shaklee sahaja. Saya nak tengok keberkesanan B-Complex ni terhadap pening kepala beliau. Nasib baik, beliau akur dan kebetulan dia berada di rumah, jadi senang saya pantau.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, anak saya, dalam masa seminggu dengan hanya mengambil sebiji B-Complex Shaklee pada setiap pagi, anak saya telah mendapat kesan. Beliau mengatakan pening kepala beliau sudah berkurangan dan merasakan lebih bertenaga lagi. Disebabkan beliau mendapat pengalaman positif, beliau telah share kebaikan vitamin B-Complex ini dengan kawan beliau kat universiti. Dan kawan beliau juga telahpun amalkan mengambil vitamin B-Complex dan Vitamin C.

Menurut laporan kebanyakan penyelidikan perubatan, B-Complex dikatakan menolong
  1. melawan stres - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekali gus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  2. menajamkan konsentrasi otak - memperkasakan memori dan daya pemerhatian atau fokus
  3. menambahkan tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan dapat mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan
  4. memelihara kesihatan mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, dan meningkatkan kualiti penglihatan
  5. memperbaiki masalah rambut seperti rambut gugur dan beruban, kelemumur dan kulit kepala serta mengekalkan kesihatan rambut
  6. meredakan alahan - ia sebagai detaksifikasi
  7. meredakan anemia
  8. mencegah pericche (rekahan mulut) dan jangkitan lidah serta nafas berbau

Kenapa saya memberi Vitamin C kepada anak-anak saya?

Ada beberapa faktor pendorong:
  • Disebabkan keadaan cuaca sekarang ini tidak menentu, ramai kanak-kanak dan pelajar mudah terdedah kepada wabak demam, batuk dan selsema. Mereka juga senang untuk dijangkiti oleh virus lain menyebabkan mereka menjadi golongan yang begitu berisiko tinggi.
  • Tiga daripada lima orang anak saya menghidap ekzema. Doktor ada memberitahu saya jika saya ingin memberi mereka supplemen untuk kulit akibat ekzema, dia merekomen vitamin C.
  • Anak dara saya ditumbuhi jerawat, terutamanya anak sulung saya. Anak kedua saya dihinggapi oleh jerawat batu yang agak besar di atas hidung beliau. Jika jerawat dah hilang, timbul pula jerawat baru di tempat yang sama.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, anak-anak mengambil 'Chewable Vitamin C' Shaklee secara konsisten, saya nampak perubahan terhadap kesihatan dan kulit mereka. Walaupun mereka masih dijangkiti demam, batuk dan selsema, saya dapati bahawa jangkamasa untuk mereka pulih lebih cepat daripada sewaktu mereka tidak mengambil apa-apa supplemen langsung. Alhamdulillah, anak-anak saya sudah kurang bergantung kepada ubat medikal terutamanya untuk batuk dan selsema.

Semenjak anak dara saya mengambilkan vitamin C, muka mereka bertambah licin dan berseri. Jerawat jarang kelihatan pada muka mereka.

Seperti vitamin yang lain, penyelidikan medikal turut 'highlight' kebaikan vitamin c ini. Di antara kebaikan vitamin c adalah:
  1. meningkatkan sistem imun 
  2. mencantikkan kulit
  3. membaiki simptom pendarahan
  4. membentuk kolagen
  5. membaiki insomnia
  6. mengekalkan kolestrol sihat
Fakta vitamin yang disebut di dalam entri ini adalah berdasarkan daripada sumber Panduan Nutrisi Shaklee.


Jom kita "reverse parking"!!!

Kita telah mendengar beberapa kes kemalangan yang berlaku di petak letak kereta sama ada di kawasan rumah sendiri ataupun di tempat awam seperti terlanggar anak kecil ataupun berlanggar dengan kereta lain. 

Di Amerika, statistik mengatakan lebih kurang 14% kes kemalangan yang berlaku di kawasan letak kereta adalah berkaitan dengan 'front-in parking' di mana apabila satu kereta ingin keluar secara tidak sengaja berlanggar dengan kereta yang lalu belakang kereta tersebut. Cara untuk mengelak perkara ini berlaku adalah dengan mengamalkan 'reverse parking' atau 'back-in parking'.

Apa itu 'reverse parking' atau 'back-in parking' ataupun dalam Bahasa Melayu 'parkir undur'?

Reverse parking dalam perkataan seharian kita bermaksud "buntut kereta masuk ke dalam petak letak kereta dahulu". Ini berlawanan dengan amalan kebiasaan orang kita di mana kita selalunya masukkan "kepala kereta dahulu" apabila kita park kereta.


Gambar daripada rapgenius.com

Sewaktu saya dan suami berada di Jepun pada September 2012, kami dapati bahawa orang Jepun telahpun mengamalkan reverse parking. Sepanjang kami berada di sana, boleh dikatakan kesemua kereta park secara reverse samada di kawasan kediaman, ofis, shopping mall ataupun di kawasan letak kereta awam. Kami berasa amat tertarik sekali dengan amalan mereka ini. Gambar-gambar ini kami ambil sewaktu berada di Matsue, Jepun.





Apabila kami pergi ke Singapura pada hari "Boxing Day" Disember 2013, kami diarahkan oleh pegawai Imigresen Singapura untuk park kereta secara reverse. Di sana, kami juga mendapati rakyat Singapura memang mengamalkan reverse parking.

Semenjak mengunjung Jepun dahulu, kami telahpun mengamalkan reverse parking samada di kawasan rumah kami, tempat kerja dan tempat awam. Jiran kami di Seksyen 4 Shah Alam, ramai yang telah mengamalkan reverse parking ini. Tahniah!!!

Yang mengembirakan saya adalah apabila saya mendapati ramai juga rakan pensyarah dan staff di fakulti saya juga mengamalkan reverse parking ini. Ini buktinya:




Di UiTM Shah Alam (tempat kerja saya), saya terjumpa dengan satu papan tanda "Parkir Undur" di kolej Teratai, yang menyuruh pemandu untuk buat "reverse parking" ini. Sewaktu saya berada di UiTM Seri Iskandar, terdapat lebih banyak papan tanda parkir undur di sekitar beberapa bangunan fakulti.

Walaupun sebahagian rakyat Malaysia telah mengamalkan reverse parking ini, tahap kesedaran di kalangan warga negara ini secara umumnya masih di tahap yang rendah. Ini memerlukan komitmen dan perlaksanaan oleh pihak kerajaan dan pihak berwajib di dalam mendidik rakyat seperti yang berlaku di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

Berdasarkan kepada pengalaman saya (saya ni agak lembab dalam bab parking terutamanya reverse parking ini), untuk mengamalkan reverse parking ini, memerlukan komitmen yang konsisten.

  1. 'Practice makes prefect' - mula-mula buat reverse parking, ianya mengambil masa yang agak lama sebab ianya lebih sukar dibuat daripada 'front-in parking'. Sekarang ni, better.
  2. 'Learn the right technique' - rupa-rupanya 'front-in parking' adalah teknik yang salah. Terdapat beberapa laman sesawang dan youtube yang mengajar teknik reverse parking yang betul.

Blogger Malaysia yang popular dengan ulasan kenderaan baru, Paul Tan, 'highlight' faedah reverse parking ini. Di antaranya:

  1. Keselamatan - boleh elakkan daripada perlanggaran dan juga daripada kecurian/rompakan di bonet kereta
  2. Kajian IAM (Institute of Automative Malaysia) menunjukkan bahawa reverse parking boleh jimatkan petrol

Detail boleh diperolehi daripada paultan.org

Saturday, February 1, 2014

Kenapa Kesihatan Penting Di Dalam Islam?

Secara amnya, jika kita sihat, senang kita beribadah.

Dalam hadis, Rasulullah menceritakan mengenai dua nikmat yang besar yang diberikan oleh Allah kepada manusia: nikmat Iman dan nikmat Kesihatan.


Sumber Gambar daripada muslimvoices.org 
Iman merupakan jaminan bagi kita untuk mendapatkan keselamatan dalam menempuh kehidupan ini terutamanya bagi kehidupan selepas mati.

Manakala kesihatan merupakan asas bagi meraih kesejahteraan hidup di dunia ini. Ianya adalah nikmat kedua selepas iman.

Rasulullah saw bersabda:

“ Manusia tidak diberi yang baik di dunia daripada keyakinan dan kesihatan, oleh itu mohonlah keduanya kepada Allah.”

Kepentingan kesihatan ini jelas kelihatan apabila setiap Muslim menjadi sebahagian daripada doa dan permintaan seharian dalam solatnya: “Ya Tuhanku ampuni aku, kasihi aku, cukupkan aku, berikan aku rezeki, beri aku petunjuk dan kesihatan.”

Banyak hadis menekankan kepentingan kesihatan. Rasulullah saw bersabda di antaranya:

  • “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)
  • “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
  • "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan(iman)." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah saw selanjutnya bersabda “Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawabkan oleh hamba Allah pada Hari Kiamat adalah berupa pertanyaan, ‘Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air yang dingin?’, Rasulullah menyambung, ‘Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya di Hari Kiamat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia menggunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke mana dia membelanjakan hartanya dan bagaimana dia menggunakan kesihatannya.”

Insya Allah, dengan kesihatan yang baik akan memudahkan kita sebagai seorang Muslim untuk beribadat kepada Allah, sepertimana yang ditunjukkan di dalam gambarajah di bawah ini.

Sumber Gambar daripada woofhealth.com
Apabila tubuh dan minda kita sihat, kita akan lebih senang untuk melakukan ibadah yang fardu, sunat dan sunnah seperti senang bangun tahjud di tengah malam, puasa sunat isnin/khamis, bersedekah dan mengerjakan haji/umrah. Insya-Allah hubungan kita dengan Allah pun semakin dekat.

Sumber hadis daripada kitab Muntakhab Ahadith.

Updated on 17 Feb 2014

Kelebihan Zikir - Istighfar


Kitab Muntakhab Ahadith menghimpunkan hadith pilihan berkenaan dengan fadhilat beristighfar. Di antaranya:

1. Dari Abu Bakar As-Siddik meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda:

Barangsiapa selalu beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan di kalangan orang-orang yang melakukan dosa walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa. (HR Abu daud)

2. Dari Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

Barangsiapa beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka. (HR Daud)

3. Hazrat Zubair R.Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: 

Barangsiapa yang ingin melihat buku catitan amalannya dengan gembira (pada hari kiamat), maka hendaklah dia perbanyakkan istighfar. (HR Tabrani)


Contact Form

Name

Email *

Message *