Friday, March 21, 2014

Migrain

Anda mengalami stress? Sakit kepala? Perlukan rawatan?

Umumnya, sakit kepala terbahagi kepada beberapa jenis : -

1. Sakit kepala disebabkan tekanan emosi/stress
2. Sakit kepala disebabkan migrain
3. Sakit kepala disebabkan sinus

Hari ini saya nak kongsi ilmu mengenai migrain. Artikel mengenai migrain saya 'translate' kan daripada laman sesawang MedicalNewsToday .

Apa itu migrain?

Migrain adalah pening kepala kepala yang amat teruk dan amat menyakitkan. Ia adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Ianya selalu ditemani dengan tanda-tanda amaran pada deria rasa dan penglihatan seperti terasa silau atau 'blind spot', rasa sakit di kaki dan tangan, berasa loya, muntah dan lebih sensitif kepada cahaya dan bunyi. Kesakitan yang dialami mungkin berlarutan beberapa jam atau lebih teruk, boleh jadi beberapa hari.

Bahagian kepala yang mengalami migrain:


 

Apa punca migrain?

Berdasarkan daripada kajian terhadap migraine, orang yang menderita migrain mengenalpasti punca atau 'triggers' terjadinya migrain. Di antaranya:

  • alergi
  • cahaya terang atau bunyi bising ataupun setengah jenis bauan atau wangian
  • tekanan fizikal atau emosi
  • perubahan dalam 'pattern' tidur atau tidur tidak menentu
  • merokok atau terdedah kepada asap rokok
  • tak makan secara teratur
  • penggunaan alkohol
  • perubahan terhadap kitaran haid, penggunaan pil 'birth control', perubahan hormon
  • pening kepala yang amat sangat
  • makanan yang mengandungi 'tyramine' (contoh: wain merah, keju matang, hati ayam, ikan salai, setengah kacang), MSG atau 'nitrates' (contoh: hot dog & salami)
  • makanan lain seperti cokelat, produk tenusu, mentega kacang, bawang, pisang, avokado atau jeruk
Triggers ini tidak semestinya menyebabkan migrain; tetapi mengelak triggers berkesan terhadap setengah pesakit.

Apakah simptom migrain?

Simptom migrain boleh berlaku sebelum atau semasa atau selepas pening kepala. Diingatkan bahawa simptom migrain berbeza mengikut individu dan kebiasaanya simptom migrain adalah:

  • pening sebelah kepala - bermula dengan kurang sakit lama-kelamaan bertambah sakit
  • sakit kepala yang mencucuk-cucuk
  • sakit kepala bertambah apabila melakukan aktiviti fizikal
  • terlalu sakit kepala menyebabkan rutin seharian terganggu
  • berasa loya
  • muntah
  • sensitif kepada cahaya atau bunyi
Amnya, migrain terbahagi kepada dua jenis: migrain dengan aura dan migrain tanpa aura. 

Tapi, di sini saya ingin bercerita pasal migrain dengan aura.

Apakah migrain aura?

Setengah orang menderita 'migrain aura'. Kebanyakan yang mengalami migrain aura ini sebelum atau semasa pening kepala. Aura ialah gangguan persepsi seperti:
  • keliru dengan fikiran atau pengalaman
  • keliru dengan cahaya yang berkilau, 'flash' atau aneh
  • nampak garisan pada penglihatan
  • mengalami titik buta atau 'blind spot'
  • rasa mencucuk-cucuk pada pada tangan atau kaki
  • rasa kejang pada bahu, leher atau anggota 'join'
  • rasa bau yang tidak menyenangkan
Migrain aura ini menjejaskan penglihatan. Berikut adalah gambar yang menunjukkan gangguan visual:

Gesichtsfeldausfall (Brandenburger Tor Blaue Stunde) 1
Migrain aura - penglihatan hilang sebelah

Fortifikation (Migräne)
Migrain aura - objek kelihatan zig-zag 

Positives Skotom (Brandenburger Tor Blaue Stunde) 1
Migrain aura - objek yang tidak sepatutnya ada di situ, kelihatan pada penglihatan

Negatives Skotom (Brandenburger Tor Blaue Stunde) 1
Migrain aura - objek kelihatan hilang
Bagaimana  merawat atau elak migrain?

Beberapa tips boleh dikongsi seperti yang disarankan oleh doktor perubatan:
  • tidur mencukupi - ideal 6-8 jam semalam
  • kurangkan stres - buat fizikal aktiviti seperti bersenam, bersukan, berkebun
  • minum cukup air - rule of thumb - 8 gelas atau 2 liter air sehari tetapi bergantung kepada keperluan tubuh individu
  • elak 'triggers' seperti yang dijelaskan di atas
Setengah vitamin atau herba dikatakan mampu merawat migraine secara efektif seperti butterbur, cannabis, coenzyme Q10, feverfew, magnesium citrate, riboflavin, B12, melatonin.

Bagaimana Shaklee Membantu Merawat Migrain?
Di Shaklee, vitamin supplemen yang disarankan untuk merawat migraine adalah:


  • B complex - mengandungi B2 (riboflavin) dan B12 untuk menangani stres
  • Ostematrix - mengandungi magnesium di mana ianya merupakan ion positif kedua penting bagi tubuh kita dan dapat membantu sistem saraf justeru meringankan stres
ISTIMEWA VITAMIN B-COMPLEX  

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

ISTIMEWA OSTEMATRIX
 
Ostematrix terdiri daripada kalsium, magnesium dan vitamin D

Kalsium : Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

MagnesiumMagnesium penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. 

Vitamin D : Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing. 

  
Gambar kredit kepada ShakeSihatShakeHebat


0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *